Kuala Lumpur

Capital City of Malaysia that filled with vibrant people and activity.

Langkawi, the legendary pearl island

Great landscape, stunning view. One of UNESCO Geopark and most popular tourist spot.

Malacca, the historical city

600 years historical UNESCO Heritage City, the birth of Malay Sultanate era.

Thousand of Flora

Named as one of the most diversed place in the world, much more can you expect from this rainforest country

White Water Rafting

Endless challenge in the tropical rain forest of Malaysia.

Saturday 31 December 2011

2012 Event Calendar

Anda ada duit terlebih? Tekanan di tempat kerja? Mahu memberikan isteri anda sesuatu yang menarik? Anda tidak mau terlepas event-event menarik sepanjang tahun ini? Anda patut download event 2012 daripada link Motour


Sampai 3 tahun dia siapkan. Antara event terdekat tahun ni adalah International Surfing Competition, dekat Cherating.

Jangan tak tahu, Cherating merupakan antara tempat surfing terbaik dunia.

Get Around!

_________

Get Malaysia 2012 event calendar from MOTOUR (Ministry of Tourism).


Around the corner is "International Surfing Competition", at Cherating, Pahang.

Get Around!

Friday 30 December 2011

WTG : 2012 new year

Sambutan tahun baru 2012 dah dekat. Untuk semua orang sekurang-kurangnya mesti ada target tahun baru walaupun tahun lepas entah sampai target atau tidak.


Jadi, Where To Go kali ini, bagi cadangan untuk korang sambut tahun baru dengan kekasih, mak abah, bini, anak, kawan-kawan, atau macam saya je, sorang-sorang. Untuk yang bawa kamera bentangkan tikar, pasangkan tripod dan shoot the fireworks.


WTG : 2012 New Year
_______________________________________




New Year's Eve 2012 is around the corner. For the becoming new-2012-year, we should have a new own goal to achieve, though the 2011-target maybe still uncomplished.


So, Where To Go, this time, will give you idea to celebrate this new year besides sitting in-front of television and watching old movie again and again. Lets countdown this new year with special one, parents, husband/wife, children, friends, or like me, alone. For the photo-geeks, get your camera, install your tripod and lets frame the fireworks.


WTG: 2012 New Year




LEMBAH KLANG/GREATER KL

  1. Konsert Ambang 2012, Dataran Merdeka, Kuala Lumpur :
    Anjuran Ambank + DBKL + RTM
    Konsert-stail
    Mula 8 malam.
    Bayaran of course Free
  2. Karnival Sayangi Selangor, iCity, Shah Alam, Selangor :
    Anjuran BN
    Konsert + Politik influence stail
    Dari pagi (karnival ni 4 hari pun)
    Bayaran Masuk iCity dikenakan (kot).
    Untuk yang sekadar nak tengok bunga-api, baik tengok dari UiTm (kalau dapat masuk), atau dari luar.
  3. New Year Countdown, Bukit Bintang + KLCC :
    Bukit Bintang-KLCC Tourism Asc. + MoTour
    Party-type
    Free


  4. 2012 Countdown Concert Party : Sunway Lagoon
    Bandar Sunway, Selangor
    Hard Party-type
    Dari 7malam
    Sememangnya bukan untuk family-type person
    Bayaran RM80, RM100 & RM150


  5. Jom Santai Bersama GeMS + Countdown 2012
    Dataran kemerdekaan Shah Alam
    Wisma MBSA, Shah Alam, Selangor
    Islamic, talk, carnival type
    Cara lebih praktikal untuk melarikan diri dari hendonisme. Feat. Ustaz Azhar Idrus.
    8pagi - 12malam
    Bayaran Percuma

  6. Mystical Eve 2012
    Red Carpet Avenue, Encorp Strand
    Kota Damansara
    Masuk Percuma

     
  7. Dan banyak parti lagi.





PUTRAJAYA
  1. Konsert Ambang Tahun Baru 2012 Putrajaya
    Laman 1 Malaysia, Presint 2, Putrajaya
    Anjuran KBS
    Karnival, konsert type
    Free








PENANG
  1. Fireworks & New Year Eve Countdown @ Penang Hill
    Puncak Bukit Bendera / Penang Hill
    Pulau Pinang
    Tren RM8 Adults
    Fireworks










MELAKA
  1. Sambutan Tahun Baru 2012 @ Menara Taming Sari
    Banda Hilir, Melaka
    Free

other interesting place that you get Around this 2011 last night? Tell us



Thursday 29 December 2011

WTG : Pesta Durian Muzium KL

Where To Go akan bagi cadangan mana nak pergi, atau ada event yang menarik berkaitan dengan pelancongan. Kadang-kadang saya sendiri tak boleh nak pergi. 

Oke. Minggu ni, WTG cadangkan korang semua pergi makan durian or buah-buahan dekat Muzium Telekom, dekat je dengan Menara KL. 


Muzium Telekom
EVENT : Makan Durian Sampai Lupa Dunia
TEMPAT : Muzium Telekom

BAYARAN : RM 15-dewasa, RM 8-adikadik
TARIKH : 28-30 Disember 2011
MASA : 10 pagi - 7 petang


Kereta : Sesiapa yang tak tahu nak pergi, dari Bangunan Sultan Abdul Samad (Jalan Raja Laut), masuk ke Jalan Tun Perak, then masuk Jalan Raja Chulan, then dalam beberapa minit driving, sebelah kiri nampak bangunan old-fashion zaman-zaman kolonial, ha tu la Bangunan Telekom. Ada tulis pun besar-besar. 
Kaki : Stesen tren paling dekat adalah Stesen LRT Masjid Jamek, bas tak tahu pulak rapidKL mana satu yang lalu. Tapi bila check dekat laman web rapidKL dia suruh jalan Kaki jugak lepas turun kat LRT Masjid Jamek




View Larger Map

Ini adalah kolobrasi dengan FAMA yang kelima dan kedua untuk tahun ni kalau tak silap. Kali pertama apda bulan Julai yang lepas. Get to the Muzium Telekom dan makan sampai pengsan.


Bape banyak sangatlah korang boleh makan.
--------------------------------------------


Where To Go will suggest you any interesting event related to tourism.


Okay. This week, WTG suggest you all go eat durian fruit or near the Museum ofTelecommunications, JE close to the tower.


EVENT: Eat Durian Till You Flat
WHERE: Telekom Museum, Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur, Malaysia


FEES: RM 15-adult, RM 8-kids
DATE: 28-30 December 2011
TIME: 10 am - 7 pm


Cars: From the Sultan Abdul Samad Building (Jalan Raja Laut), -----> Jalan Tun Perak, ------> Jalan Raja Chulan, pre-colonial building at your right in a few minutes driving, is Telekom Museum


Feet: The nearest train station is the Masjid Jamek LRT station.


Get there and challange your "Durian Limit". ha ha


Wednesday 28 December 2011

Perlis

Perlis adalah negeri terkecil dan paling utara di Semenanjung Malaysia. Tarikan utama di sini adalah keadaan Geografi yang istimewa. Terletak di sempadan Malaysia-Thailand, Perlis direntasi Banjaran Nakawan dan dibentangi dengan sawah padi yang meluas.

Beberapa tempat yang popular di Perlis adalah Gua Kelam, Jeti Kuala Perlis, Padang Besar, Wang Kelian, dan Empangan Timah Tasoh.

Perjalanan ke negeri ini mengambil masa lebih kurang 9 jam dari tempat saya (Melaka), lebih kurang 7 jam (510km) dari Kuala Lumpur, dengan mengambil kira waktu berhenti rehat dan makan.

Perlis tidak menyediakan banyak hotel dan rumah homestay, jadi pada sila buat tempahan awal pada waktu puncak. Atau, sewa hotel di Alor Setar, Kedah.

Untuk ke ibu negeri Perlis, Kangar anda boleh gunakan Lebuh raya PLUS dan keluar di Exit Alor Star (S), kemudian gunakan jalan Kangar - Alor Star untuk ke Kangar. Atau terus sahaja menggunakan PLUS dan Lebuh Changloon - Kuala Perlis Exit di Jalan Raja Syed Alwi.

Tiada airport di negeri ini, airport terdekat adalah Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Star atau Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, kemudian ambil teksi ke Jeti, dan ambil feri ke Jeti Kuala Perlis.

Atau, menggunakan keretapi KTMB yang berhenti di stesen Padang Besar, Arau dan Bukit Ketri.

Apa nak buat dekat Perlis?

Ini adalah Itenari cadangan weekend di Perlis, dari Kuala Lumpur.

Pack-up sebelum ke kerja/ kuliah, atau ambil sahaja separuh hari untuk tiba awal di penginapan sama ada di Alor Star atau Kangar. Jika bergerak petang Jumaat selepas waktu pejabat, saya cadangkan sewa hotel di Alor Star, tiba lebih kurang jam 1 atau 2 pagi, bergantung kepada waktu berhenti di RnR.

Get good sleep.

Bergerak pagi Sabtu untuk terus ke Pasar Pagi Wang Kelian. Jalan ke sini sedikit mencabar, berhati-hati. Dekat sini ada gerai jualan sepanjang radius 1km di sempadan Malaysia-Thailand. Anda boleh masuk ke kawasan sekitar pasar ini tanpa dokumen perjalanan.

Selesai, terus turun ke Gua Kelam, Kaki Bukit (satu jalan dengan Wang Kelian ).


: Gua Kelam 1 tengah repair : 
Aktiviti paling popular di sini adalah Caving. Terdapat dua tempat, Gua Kelam 1 dan Gua Kelam 2 dalam jarak 100 meter. Pada waktu ini, Gua Kelam 1 sedang dibaikpulih kerana berlaku kerosakan trek dan dijangka siap Mei 2012.

Bayaran sebelum kerosakan ini adalah RM 1 untuk masuk ke Gua Kelam 1.

 Tapi jangan risau, anda boleh Caving melalui Gua Kelam 2, masuk dari pejabat Gua Kelam (satu-satunya bangunan besar). Trek melalui laluan keretapi yang rosak (sepatutnya elok), sepanjang 400meter dan 200 meter kawasan perlombongan dalam gua. Sewaktu saya pergi, bayaran RM40 dikenakan untuk grup seramai 10 orang. Tiada sebarang papan atau resit yang membuktikan bayaran itu sah.


Jika keretapi yang membawa ke dalam Gua itu tidak rosak, bayaran yang dikenakan adalah RM 5 untuk dewasa.

Untuk laluan yang lebih mencabar anda boleh melalui trek yang lebih panjang dan melalui sungai dalam gua sebelum tembus ke belah yang lagi satu. Lebih kurang 800meter perjalanan.

Selain dari gua, kawasan ini juga terkenal untuk rekreasi. Terdapat kawasan berkelah di luar kawasan gua. Selain itu, bagi yang mahu mendapatkan pemandangan menarik anda boleh hiking satu trek berdekatan dengan Gua Kelam 1.

Jika anda selesai sebarang aktiviti sebelum 2 petang, anda boleh terus ke Padang Besar, lebih kurang setengah jam dari Gua Kelam.

Satu lagi kawasan membeli belah di sempadan.

Malam, makan di Kuala Perlis.

Nah, dah sehari sabtu. Memang pasti letih, Get a good rest.

Hari ahad, boleh dapatkan sarapan di pasar tani atau pasar pagi yang digelar "NAT". Tanya sahaja sesiapa di perlis untuk tahu kedudukan NAT. Pelbagai jenis makanan dan kuih muih boleh didapati.

Next, pergi ke Taman Ular dan Reptilia. dan makan tengahari di salah satu restoren menarik di Kangar sebelum bertolak balik.





Thursday 22 December 2011

Jalan sini sana



Panggil saya Z. Saya adalah seorang freelance sepenuh masa. Kebanyakan kerja (saya memang banyak kerja - multiperson ) saya memerlukan saya untuk bergerak ke banyak tempat.


Ada banyak perkara, pengalaman dan pengajaran yang boleh didapati dari setiap perjalanan dan tempat tersebut. Jadi saya putuskan untuk letakkan segalanya di dalam "RoundAbout".


Semoga "RoundAbout" membantu anda untuk membuat perjalanan yang baik pada masa akan datang.


Oh, lupa! Saya juga akan menggunakan blog ini untuk memaparkan kekurangan yang boleh ditambah baik pada setiap tempat yang saya pergi, terutama produk pelancongan. Ini semua untuk tujuan kebaikan bersama. :) .


Saya juga akan translate semua ini ke dalam Bahasa Inggeris menggunakan google translate. :D


"Get around, talk about "


Kapten Z

___________________________________________________________________

Call me Z. I am a full time freelanceMy works, requires me to travel to many places.

There are many thingsexperiences and lessons that can be obtained from each trip and the place. So I decided to put everything in "Roundabout".

Hopefully, "Roundabout" help you to make a good trip in the near future.

Oh, I forgot! I will also use this blog to show the deficiencies can be improved at everyplace I go, especially the tourism productThis is all for the common good. :).


"Get aroundtalk about"

Captain Z
(translated by Google translate)