Kalau naik ke Bukit St. Paul, mesti dapat lihat sebuah patung berdekatan dengan menara Gereja St. Paul. Patung tu adalah patung paderi St. Francis Xavier.
St. Francis Xavier merupakan antara tujuh orang Jesuit pertama dekat dunia ini. Dia membawa ajaran Roman Chatolic dan mengembara ke seluruh dunia. Dalam pengembaraannya ke Timur, St. Francis Xavier telah pergi ke banyak negeri termasuklah kerajaan Portugis di Melaka, pada tahun 1545.
Dulu-dulu ingatkan Pak Haji mana la ni |
Waktu St. Francis Xavier melawat Pulau Sichuan/Shangchuan, China, dia jatuh sakit. Agak-agak dah tahu umur tak panjang, dia pesan dekat kapten kapal untuk bawa mayatnya ke Goa, India kalau jadi apa-apa. {Goa, India adalah pusat pentadbiran Syarikat Hinda Timur, milik British. Pelabuhan yang penting untuk kolonial Eropah di Asia}
Dah tu, betul-betul pula dia mati. Sebab terkejut, Kapten Kapal terpaksa buat sebuah keranda untuk simpan mayat St. Francis dengan elok sementara tunggu angin monsun untuk balik ke Melaka dan seterusnya ke Goa.
Waktu dibawa ke Melaka, keranda dibuka dan mayat St. Francis nampak masih segar macam masih hidup. Jadi mayat tu telah diletakkan dalam sebuah kubur terbuka di dalam Chapel Of God, selama lapan bulan, dari 22 Mac sampai 11 Disember 1553.
Lepas angin monsun seterusnya, barulah boleh nak bawa mayat ini ke Goa. Dikatakan, mayat ini akan dibuka 10 tahun sekali untuk membuktikan mayat St. Francis sentiasa berada dalam keadaan baik.
Perjalanan Francis Xavier ke Timur |
Bekas kubur St. Francis Xavier yang ditutup dengan kerangka besi. |
Patung St. Francis dibina pada tahun 1952, untuk mengingati jasa, pengorbanan dan kehebatan paderi itu. Pagi setelah Patung ni didirikan, sebatang pokok telah jatuh dan mematahkan pergelangan tangan dan ibu jari kaki Patung tu. Orang kata, ajaib la sebab sama dengan story mory pergelangan tangan mayat St. Francis yang terpisah.
Selain dari patung, beberapa peninggalan lain yang berkaitan dengan St. Francis dapat dilihat, antaranya lubang bekas kubur St. Francis di dalam Gereja St. Paul, Gereja St. Francis Xavier dan Sekolah St. Francis Xavier, semuanya di Banda Hilir.
Tu bekas kubur ye adik-adik. Bukan terowong rahsia.
read more
link 1
kapten Z
0 comments:
Post a Comment