Kuala Lumpur

Capital City of Malaysia that filled with vibrant people and activity.

Langkawi, the legendary pearl island

Great landscape, stunning view. One of UNESCO Geopark and most popular tourist spot.

Malacca, the historical city

600 years historical UNESCO Heritage City, the birth of Malay Sultanate era.

Thousand of Flora

Named as one of the most diversed place in the world, much more can you expect from this rainforest country

White Water Rafting

Endless challenge in the tropical rain forest of Malaysia.

Showing posts with label WTG. Show all posts
Showing posts with label WTG. Show all posts

Thursday, 19 January 2012

Go Honeymoon 2012

Kami menyenaraikan 10 tempat terbaik di Malaysia untuk anda berbulan madu. Sama ada untuk pertama kali, ataupun menyambut ulang tahun perkahwinan, berikut adalah tempat-tempat terbaik untuk bersama dengan yang tersayang. Tahu tak, faktor utama suatu tempat pelancongan adalah 4S - Sun, Sand, Surf, S*x. Baru lah boleh mendapat "$" dan SyoOoOk.




  1. NEXUS Karambunai, Sabah
    http://www.nexusresort.com
    Nexus Karambunai, Sabah

    Kalau anda impikan bulan madu di tepi pantai, dengan pasir yang indah, laut yang membiru dan dekorasi bilik kelas tersendiri, NEXUS Karambunai adalah syurga untuk anda. Landskap dan keadaan geografi di sini bakal membuai rasa anda. Pelbagai pilihan bilik dan villa tersedia, dari RM800 sehinggalah Royal Villa 3 bilik berharga RM 10 K, (sikit lagi da boleh beli viva). Atau dapatkan pakej honeymoon berharga RM4500 selama 5 hari 4 malam. Servis peribadi, hadiah complimentary, malah katil anda juga akan dihiasi dengan taburan kelopak mawar.

    Banyak servis dan aktiviti boleh dilakukan daripada indoor game, permainan pantai, sehinggalah ke jungle treking. Bosan di dalam bilik? Dapatkan pakej lawatan sampingan ke Kota Kinabalu (1/2jam) ataupun ke Kundasang menikmati kaki Gunung Kinabalu (1 1/2 jam).  Memori bulan madu yang indah, di award winning resort, Nexus Karambunai, Sabah.

    Harga RM800~RM1500.
    Pakej Honeymoon 5D/4N RM4500
  2. Bunga Raya Eco Resort and Spa dan Gayana Eco Resort, Pulau Gaya, Sabah
    http://bungarayaresort.com/
    Gayana Eco Resort, Pulau Gaya, Sabah

    Jika anda lebih berminat dengan pulau, dan lebih privasi, apakata sewa bot ke sini. Terletak tak jauh dari Karambunai, cuma bezanya Bunga Raya Eco Resort and Spa berada di Pulau Gaya. Pulau yang terkenal dengan Perkampungan Air ini tersimpan tempat pelancongan antara yang terbaik di dunia. Anda boleh membuat pilihan samada untuk berada di Gayana Eco Resort, 52 Villa terapung ataupun Bunga Raya Eco Resort and Spa yang lebih eksklusif 47 villa kayu yang dibina mengadap pantai.

    Kami cadangkan Palm Villa di Gayana yang mempunyai living room dengan lantai kaca, dari RM2400. Atau Plunged Pool Villa di Bunga Raya, RM 1900, siap dengan pool peribadi. Mahu lebih? Tree House Villa mempunyai outdoor jacuzzi dikelilingi pepohon dan mengadap lautan. Banyak lagi pilihan bilik dan dekorasi.

    Harga dari RM900 sehingga RM 3500
  3. Sipadan-Mabul Resort.
    http://www.sipadan-mabul.com.my/
    Mabul Resort, Sipadan, Sabah

    Satu lagi keindahan dunia di Sabah. Antara lautan tercantik di dunia, syurga penyelam dan pulau terbaik di Malaysia. Berada di Sipadan merupakan impian bagi setiap penyelam di seluruh dunia. Anda tidak perlu lesen untuk menyelam di atas katil, tetapi untuk turun ke laut, perlu mempunyai lesen diver. Dapatkan kelas asas menyelam PADI di sini, atau sekadar menginap sebagai non-diver yang mana cas dikenakan lebih murah. Mabul Resort merupakan antara resort terbaik di Sipadan. Terdapat 15 Water-Bungalow yang dibina menggunakan kayu di atas air dengan rekaan yang menarik. Privasi, bilik menarik, air yang cantik, apa yang kurang untuk bulan madu?

    Harga dari RM1700
  4. Batang Ai, Longhouse Resort. (Manage by Hilton)
    Hotel/ Resort Link
    Batang Ai, Batang Ai Lake, Sarawak

    4 jam pemanduan dan 20 minit menaiki bot. Cukup privasi untuk satu bulan madu? Batang Ai Longhouse Resort dibina dengan rekabentuk seperti rumah panjang Iban, cuma dengan sentuhan Hilton Hotel and Resort. Siap dengan kemudahan seperti kolam mandi, court tenis, dan restoran, berbulan madu di sini merupakan sesuatu yang sangat istimewa. Malah, walaupun terletak jauh di pedalaman, servis hotel ini masih berada di tahap terbaik. Pilihan bilik biasa ataupun Duplex Suites yang lebih luas dan mewah, kedua-duanya dikelilingi dengan pemandangan semulajadi. Anda boleh dapatkan pakej bersama-sama lawatan ke rumah panjang Orang Iban, air terjun, memancing, sewa bot dan banyak lagi. Cukup privasi?

    RM 270 untuk Queen Room dan RM370 untuk Duplex Suite.
  5. Four Season Langkawi
    http://www.preview.fourseasons.com/langkawi/
    Four Season Langkawi
    Travellers Choice Award, Best Of Malaysia 2011 (Best Romantic Stay), The Best Langkawi (Outstanding Hotel/Resort). Rasanya, apa lagi yang kurang. 68 pavillions dengan 4 pilihan dan 23 Villa yang lebih luas pilihan untuk pasangan sehingga enam orang. Beach Villa sesuai untuk pasangan baru berkahwin. Rekaan kayu dan Spanish marble untuk kolam peribadi, malah taman dan katil spa pribadi.


    Bilik anda mempunyai pemandangan terus ke pantai juga mempunyai kerusi santai di dalam dan juga di verandah. Lebih eksklusif dengan indoor dan outdoor shower disertakan dengan jacuzzi. Ini antara bilik terbaik untuk bersama yang tersayang. Malaysia Best Romantic Stay, untuk anda yang romantik. 24 jam babysitting service, Quite pool untuk orang dewasa, kelas sailing, kelas tennis, snorkling, wind surfing dan banyak lagi aktiviti tersedia untuk anda.
     Dari RM2500...
  6. Japamala Resorts, Pulau Tioman, Pahang (Editors Choice)
    http://www.japamalaresorts.com/
    JapaMala Hillside Sarang, Pulau Tioman

    Pulau Tioman tidak pernah menghampakan. Menjanjikan laut dan pantai yang cantik, pastikan bulan madu anda penuh privasi dengan pelbagai pilihan bilik di JapaMala. Kami syorkan jenis Sarang yang siap dengan kolam mandi peribadi. Malah, di JapaMala, mereka memanggilnya "Love Nest". Pilihan Jungle Luxe atau Hillside Sarang lebih ekonomi atau tempah awal untuk Seaview Sarang. Banyak lagi pilihan daripada JapaMala akan dibuka pada tahun 2012.

    Harga dari RM450 untuk jenis Chalet dan RM850 untuk "Sarang".
  7. Pangkor Laut Resort, Pangkor Laut, Perak
    http://www.pangkorlautresort.com/
    Pangkor Laut Resort, Pangkor Laut, Perak

    Pangkor Laut Resort terletak di Pulau persendirian Pangkor Laut, berhampiran dengan Pulau Pangkor. Resort ini menawarkan 5 jenis villa dari garden di celah kehijauan sehinggalah ke Beach Villa yang didirikan di atas pantai. Juga terdapat 1 Suites. Lebih Ekslusif, 9 buah The Estates tersedia dengan limit akses oleh pihak Pangkor Laut sendiri. Outdoor bathtub, laman persendirian terbuka, pemandangan indah ketika sunset semuanya daripada bilik anda. Dapatkan servis Rock Dinner, makan malam di batu-batu besar tepian pantai secara peribadi untuk kenangan yang lebih romantik, atau sewa cruise bot untuk island hoping atau bersendirian di tengah lautan. Golf, yoga dan pastinya Spa Village juga tidak dapat dilepaskan.
    Pulau idaman dunia, Pangkor Laut untuk pasangan bulan madu.

    Harga dari RM760 (Garden Villa) sehingga RM10K untuk 3 malam di The Estates.
  8. Club Med, Cherating
    http://www.clubmed.com
    Spa di tepi pantai, Club Med, Cherating, Pahang

    Perlukah saya cerita banyak. Club Med Cherating merupakan eco nature village konsep pertama oleh club med yang bertaraf 4T (lebih kurang macam 4 star). Untuk pasangan yang merasakan berada di katil sahaja agak membazir, inilah tempat untuk mendapatkan segala-galanya dalam satu bayaran. Dari trapeze (yang lompat dari buaian ke buaian kat sarkis tu), boat sailing, rock climbing, gym, kayak, squash, memanah, yoga, dan banyak lagi. Jangan risau, semua Gracious Organizer @ GO (gelaran untuk staff di sana) akan membantu anda, kalau tak ada partner nak main squasy, jangan segan silu, ajak je mereka. Kelas asas juga disediakan untuk trapeze dan sailing.

    Di Club Med, makanan, minuman, snek disediakan tanpa had termasuklah cocktail dan beer. Bilik jenis Clubs dan Suites disediakan. GO yang mesra dan membantu, aktiviti menarik, makan minum yang cukup, bilik yang selesa, gabungan hutan, pantai dan keindahan laut pantai timur. Nah, inilah bulan madu

    Price from RM1000
  9. Philea Resort and Spa, Melaka
    www.phileahotel.com/
    Philea Resort, Ayer Keroh, Melaka

    Tanpa laut, tanpa pantai, cuma dengan bilik 100% kayu balak? Terdiri daripada 180 Pavillion Villa dan 19 signature Villa, semua bilik di Philea Resort, Ayer Keroh, Melaka menggunakan kayu pain khas dibawa daripada Russia. Malah, kayu yang digunakan sebegai tangga di sini juga merupakan bekas kayu landasan keretapi. Design setiap inci resort ini sahaja sudah cukup membuatkan anda terasa seperti di luar negara. Terletak dipinggir Hutan Simpan, dan beberapa tarikan utama di Ayer Keroh seperti Taman Rama-Rama, dan Zoo Melaka,resort balak terbesar di Asia ini akan membuai anda secara semulajadi. Anda hanya perlu memandu setengah jam untuk ke kawasan UNESCO Heritage City, Banda Hilir, Melaka. Resort 6 bintang ini juga mempunyai pemandangan yang sangat indah pada waktu malam, juga dilengkapi dengan kolam mandi dan air terjun buatan manusia.

    Harga dari RM880 untuk signature Villa.
  10. The Banjaran, Tambun, Perak
    http://www.thebanjaran.com/
    The Banjaran, Tambun, Perak

    Salah satu tarikan terbaik dari kaki Banjaran Titiwangsa. The Banjaran menyajikan anda dua jenis pilihan villa, Water Villa atau Garden Villa, siap dengan kolam peribadi. Rekaan kelas tersendiri The Banjaran mengekalkan bentuk muka bumi asal yang terdiri daripada kawasan batu kapur dengan kolam, pepohon dan gua! Namanya pun The Banjaran Hotspring and Retreat, aliran air panas, gua sauna semulajadi hanya sedikit contoh yang bakal menjanjikan kenangan yang istimewa sepanjang berbulan madu.  Mungkin anda tidak perlu keluar daripada bilik anda langsung dengan servis-servis yang cukup lengkap dan restoran yang eksklusif. Jika perlu, banyak tempat menarik terletak berhampiran seperti Taman Rekreasi The Lost World of Tambun, Tokong Sam Poh Kong dan Bandaraya Ipoh sendiri.

    Harga dari RM1500
Tempat-tempat menarik yang lain

Monday, 16 January 2012

WTG : Pesta layang-layang 2012

Where To Go mencadangkan anda untuk santai bersama keluarga di Pasir Gudang, Johor Darul Tazim.

Acara : Pesta Layang-Layang Antarabangsa
Website :  http://www.kitefestpasirgudang.com
Tarikh : 15,16,17,18,19 Februari.
Masa : Sila rujuk web penganjuran. Masa persembahan dari jam 8:30 pagi hingga 6:00 petang
  1. Jarak perjalanan dari Kuala Lumpur lebih kurang 340km. Mungkin mengambil masa sekitar 4~5jam.
  2. Acara ini bertaraf antarabangsa, sila pastikan anda sudah menempah awal tempat penginapan.
  3. Photo-spot, pasti. Masa untuk menggunakan zoom lense anda yang pasti mahal. Wide lense juga membantu untuk pemandangan keseluruhan kawasan. 

Friday, 30 December 2011

WTG : 2012 new year

Sambutan tahun baru 2012 dah dekat. Untuk semua orang sekurang-kurangnya mesti ada target tahun baru walaupun tahun lepas entah sampai target atau tidak.


Jadi, Where To Go kali ini, bagi cadangan untuk korang sambut tahun baru dengan kekasih, mak abah, bini, anak, kawan-kawan, atau macam saya je, sorang-sorang. Untuk yang bawa kamera bentangkan tikar, pasangkan tripod dan shoot the fireworks.


WTG : 2012 New Year
_______________________________________




New Year's Eve 2012 is around the corner. For the becoming new-2012-year, we should have a new own goal to achieve, though the 2011-target maybe still uncomplished.


So, Where To Go, this time, will give you idea to celebrate this new year besides sitting in-front of television and watching old movie again and again. Lets countdown this new year with special one, parents, husband/wife, children, friends, or like me, alone. For the photo-geeks, get your camera, install your tripod and lets frame the fireworks.


WTG: 2012 New Year




LEMBAH KLANG/GREATER KL

  1. Konsert Ambang 2012, Dataran Merdeka, Kuala Lumpur :
    Anjuran Ambank + DBKL + RTM
    Konsert-stail
    Mula 8 malam.
    Bayaran of course Free
  2. Karnival Sayangi Selangor, iCity, Shah Alam, Selangor :
    Anjuran BN
    Konsert + Politik influence stail
    Dari pagi (karnival ni 4 hari pun)
    Bayaran Masuk iCity dikenakan (kot).
    Untuk yang sekadar nak tengok bunga-api, baik tengok dari UiTm (kalau dapat masuk), atau dari luar.
  3. New Year Countdown, Bukit Bintang + KLCC :
    Bukit Bintang-KLCC Tourism Asc. + MoTour
    Party-type
    Free


  4. 2012 Countdown Concert Party : Sunway Lagoon
    Bandar Sunway, Selangor
    Hard Party-type
    Dari 7malam
    Sememangnya bukan untuk family-type person
    Bayaran RM80, RM100 & RM150


  5. Jom Santai Bersama GeMS + Countdown 2012
    Dataran kemerdekaan Shah Alam
    Wisma MBSA, Shah Alam, Selangor
    Islamic, talk, carnival type
    Cara lebih praktikal untuk melarikan diri dari hendonisme. Feat. Ustaz Azhar Idrus.
    8pagi - 12malam
    Bayaran Percuma

  6. Mystical Eve 2012
    Red Carpet Avenue, Encorp Strand
    Kota Damansara
    Masuk Percuma

     
  7. Dan banyak parti lagi.





PUTRAJAYA
  1. Konsert Ambang Tahun Baru 2012 Putrajaya
    Laman 1 Malaysia, Presint 2, Putrajaya
    Anjuran KBS
    Karnival, konsert type
    Free








PENANG
  1. Fireworks & New Year Eve Countdown @ Penang Hill
    Puncak Bukit Bendera / Penang Hill
    Pulau Pinang
    Tren RM8 Adults
    Fireworks










MELAKA
  1. Sambutan Tahun Baru 2012 @ Menara Taming Sari
    Banda Hilir, Melaka
    Free

other interesting place that you get Around this 2011 last night? Tell us



Thursday, 29 December 2011

WTG : Pesta Durian Muzium KL

Where To Go akan bagi cadangan mana nak pergi, atau ada event yang menarik berkaitan dengan pelancongan. Kadang-kadang saya sendiri tak boleh nak pergi. 

Oke. Minggu ni, WTG cadangkan korang semua pergi makan durian or buah-buahan dekat Muzium Telekom, dekat je dengan Menara KL. 


Muzium Telekom
EVENT : Makan Durian Sampai Lupa Dunia
TEMPAT : Muzium Telekom

BAYARAN : RM 15-dewasa, RM 8-adikadik
TARIKH : 28-30 Disember 2011
MASA : 10 pagi - 7 petang


Kereta : Sesiapa yang tak tahu nak pergi, dari Bangunan Sultan Abdul Samad (Jalan Raja Laut), masuk ke Jalan Tun Perak, then masuk Jalan Raja Chulan, then dalam beberapa minit driving, sebelah kiri nampak bangunan old-fashion zaman-zaman kolonial, ha tu la Bangunan Telekom. Ada tulis pun besar-besar. 
Kaki : Stesen tren paling dekat adalah Stesen LRT Masjid Jamek, bas tak tahu pulak rapidKL mana satu yang lalu. Tapi bila check dekat laman web rapidKL dia suruh jalan Kaki jugak lepas turun kat LRT Masjid Jamek




View Larger Map

Ini adalah kolobrasi dengan FAMA yang kelima dan kedua untuk tahun ni kalau tak silap. Kali pertama apda bulan Julai yang lepas. Get to the Muzium Telekom dan makan sampai pengsan.


Bape banyak sangatlah korang boleh makan.
--------------------------------------------


Where To Go will suggest you any interesting event related to tourism.


Okay. This week, WTG suggest you all go eat durian fruit or near the Museum ofTelecommunications, JE close to the tower.


EVENT: Eat Durian Till You Flat
WHERE: Telekom Museum, Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur, Malaysia


FEES: RM 15-adult, RM 8-kids
DATE: 28-30 December 2011
TIME: 10 am - 7 pm


Cars: From the Sultan Abdul Samad Building (Jalan Raja Laut), -----> Jalan Tun Perak, ------> Jalan Raja Chulan, pre-colonial building at your right in a few minutes driving, is Telekom Museum


Feet: The nearest train station is the Masjid Jamek LRT station.


Get there and challange your "Durian Limit". ha ha