Sunday, 15 January 2012

Melaka : Bukit St. Paul

Haritu saya ada buat benda kurang faedah. Start kapcai, bawak tripod, bawa kamera, bawa sampai Bandar Hilir. Seminggu dua cuaca cukup panas, selalunya waktu macam ni awan kurang dan "sunset effect" cukup menawan.


Banda Hilir Waktu Maghrib






Dari rumah ke Banda Hilir traffic baik, 5~10 minit dah sampai, kalau traffic buruk, 2 jam tak lepas parking kereta. Semenjang dua menjak, memang weekend tak boleh buat apa dah kat Melaka. Super strawberry jem. Jadi pakai kapcai lebih senang, kalau pandai, boleh park free. 


Bukit St. Paul merupakan bukit yang selalu kita nampak dekat Bandar Hilir. Bukit ini dikelilingi dengan beberapa monumen sejarah yang menarik. Antaranya, Bangunan Merah (Stadhuys), Porta De Santiago tinggalan A, Famosa, Muzium Gabenor, juga Muzium Kesultanan Melayu Melaka. 


Bukit ini juga dikenali dengan nama Bukit Melaka. Sejarahnya, Istana Sultan Melaka sebelum serangan Portugis 1511, terletak hampir dengan kaki bukit. Jadi, Sultan boleh tengok keadaan pelabuhan Melaka dari istana. Selepas serangan 1511, Portugis bawah kendalian Alfonso de Albuquerque dah ranapkan semua bangunan termasuklah Masjid dan Istana, dan terus buat kubu A'Famosa. Waktu awal kubu ni kecil dan dibina menggunakan kayu. 


Kemudian, satu kubu baru yang lebih besar menggunakan batu potong merah (dikatakan diambil dari Pulau Upih, Melaka) dibina dan siap pada 1512. A'Famosa ni mengelilingi Bukit St. Paul dan juga digelar Kota Melaka, sebab segala-gala keperluan, rumah, pejabat, ada di dalam ni.




Pada tahun 1521, kapten kapal Portugis telah membina Gereja yang diberi nama Chapel of God (Madre de Deus). Ada juga orang menggelarkan gereja ini Lady of the Hill (Nossa Senhora do Oiteiro).


 Kapten Duerte Coelho nak melahirkan rasa syukur sebab kapal dia salah satu dari tiga kapal yang terselamat dalam Perang Tamao Pertama (1st Battle of Tamao). Waktu berperang dengan Armada China Dinasti Ming dekat Laut China Selatan, tiba-tiba ribut datang. Perang ni terjadi akibat orang China percaya Portugis culik anak-anak orang China, malah ada yang dipanggang dan dimakan. Tu yang marah bebeno.
{Selepas penjajahan Portugis di Melaka, banyak usaha dari kerajaan Melayu negeri lain dan ally Melaka untuk menjatuhkan kepentingan Portugis.}


Selepas Belanda mengambil alih Kota Melaka pada tahun 1641, gereja ini digunakan sebagai tempat ibadat, dan diberi nama Gereja St. Paul. 


Selepas Christ Church siap dibina, gereja ini dijadikan kubur untuk orang Belanda. Lebih teruk, waktu zaman british, bangunan tiga tingkat ni cuma jadi gudang simpan serbuk senjata, dan dibiarkan hancur seperti yang boleh kita lihat sekarang.
  1. Daripada sy kecil sampai la da tak berapa nak besar ni, dah dekat puluh kali dah naik atas Bukit ni, nama Bukit ni St. Paul pun tak berapa nak tahu. Tapi orang Melaka, ada yang panggil bukit ni Bukit Melaka. 
  2. Cikgu tadika takpe la tak mau bagitau, tapi cikgu sekolah rendah, sekolah menengah pun sama pemalas nak baca buku sebelum buat lawatan pergi Melaka. Jadi tak dapat nak cerita satu hapa pun.
  3. Bangunan sikit punya buruk tu boleh dia kata rumah orang. Padahal gereja bersejarah tu.
    Bahagian dalam Gereja St. Paul
  4. Batu-batu yang tersandar dekat dinding tu cikgu saya kata Batu bersurat. Kepalakotak! Haha. Baca betul-betul ada je yang siap English Translation.
    Salah satu Batu Nisan Belanda Stail

  5. Lubang bekas kubur St. Francis Xavier, boleh orang kata perigi rahsia, boleh keluar dekat Bukit senjuang la, perigi Hang Li Po la. Pfffffttttttbbbbb.

    Abang ni salah sorang yang tak tahu pekebendalah lubang ni.
    Rupa-rupanya bekas kubur St. Francis.
  6. Jadi kepada cikgu-cikgu, apalah susah nak belajar sejarah, sekarang ni wikiApaDia? tulis semua benda. Kalau cikgu tak tahu sejarah, ambillah Tourist Guide. Kalau Tourist Guidepun tak tahu, buat report dekat kementerian pelancongan. 
  7. Kalau cikgu pergi ke Melaka sekadar nak beli belacan, ambil gambar senyum-senyum, baiklah datang dengan husband. Dapat juga tambah apa yang patut. 
  8. Badan bertindak pelancongan negeri Melakapun patut meletakkan beberapa papan informasi yang lebih mudah dibaca oleh semua pihak. Papan yang ada sekarang lawa, tapi untuk kanak-kanak mendongak baca, memang tidaklah.
  9. Pemandangan waktu senja memang cantik dari atas sini. Lebih-lebih lagi dekat bahagian patung St. Francis. (view dalam gambar dekat atas sekali). Mengadap lautdan matahari terbenam.
  10. Melaka Photo-Spot, of course. Waktu sesuai : Senja.
  11. Wedding Photo-Spot, tapi tidak digalakkan untuk Muslim. This is Church.
kapten Z


read more
link 1

2 comments:

Post a Comment