Kuala Lumpur

Capital City of Malaysia that filled with vibrant people and activity.

Langkawi, the legendary pearl island

Great landscape, stunning view. One of UNESCO Geopark and most popular tourist spot.

Malacca, the historical city

600 years historical UNESCO Heritage City, the birth of Malay Sultanate era.

Thousand of Flora

Named as one of the most diversed place in the world, much more can you expect from this rainforest country

White Water Rafting

Endless challenge in the tropical rain forest of Malaysia.

Showing posts with label Guiding. Show all posts
Showing posts with label Guiding. Show all posts

Sunday, 12 February 2012

outbound inbound

Bila kita ada dalam industri pelancongan, ada banyak keywords yang lain dari yang lain. Samalah macam medic, engineer, government servant dan lain-lain. Harini, kita bercakap tentang 

OUTBOUND  -----(ground)----- INBOUND

Inbound adalah terma untuk kerja-kerja membawa pelancong di dalam negara sendiri. Tak kiralah pelancong asing ataupun tempatan. Lesen untuk travel agensi ni terhad, tak boleh nak buat ticketing luar negara, tak boleh nak buat pakej ke luar negara ikut suka abah dia. 

Outbound bermaksud travel agensi ini ada lesen untuk membuat pakej ke luar dari negara asal mereka. Contoh senang macam pergi umrah. Jadi mestilah ada lesen Outbound. Mereka akan uruskan semua benda sendiri, ataupun menggunakan Ground di negara yang mereka nak tuju. Ground ni apakebenda pulak?

Ground adalah terma khas untuk travel agensi yang membawa grup luar negara di negara agensi tu sendiri. Biasanya agensi oversea yang tak ada cawangan di Malaysia, akan berhubung dengan mana-mana agensi di Malaysia untuk menjadi Ground untuk group yang akan mereka hantar. Ground tak perlu lesen Outbound, cukup dengan lesen inbound sahaja, biasanya mereka akan ambil group/pelancong ni di sempadan, lapangan terbang, dan jeti. 

ada paham?
Jadi kalau lepas ni adalah mana-mana mamat tulis dekat jawatan dia, Tour Operator (Inbound) janganlah pergi tanya, "banyak negara kau da pergi bawak orang?"

Takpun tiba-tiba dengar agensi kata, "Nanti kami contact ground kami dekat negara xxxx.". Jangan kata dia ngelat pulak.

kapten Z
 

Saturday, 21 January 2012

ITENARY : Perkara penting dalam ITENARI

Dalam membuat tentatif perjalanan yang baik, seseorang mestilah tahu, mengambil tahu, mengkaji dan mengambil berat setiap details sepanjang perjalanan.

where to go
  • Tempat Tujuan -
    Kalau nak jalan, tak ada tempat tujuan da kira kritikal. Kalau seorang free backpakers, sekurang-kurangnya dia mesti tahu bandar mana dia nak pergi.
  • Jangka Masa -
    Untuk Aktiviti santai, kebiasaannya ambil masa setengah hari, tak perlulah korang nak sampai baca posting ni.

    Kebanyakan aktiviti pengembaraan, atau jarak jauh, memerlukan masa yang panjang.
    Orang KL nak travel santai di Melaka : 2 hari 1 malam
    Caving, white water rafting (WWR), jungle treking di Gopeng, Perak : mungkin 3 hari 2 malam
    Universal Studio, Orchird Road Singapore : 2~3 hari.
    Sabah, Kota Kinabalu : Seminggu.

    Semakin banyak aktiviti, semakin banyaklah masa yang diperlukan.
  • Aktiviti / Tujuan Tour -

    Semua aktiviti yang boleh dan ingin dilakukan mestilah disenaraikan terlebih dahulu. Walaupun tak ada tujuan, silalah tulis FnE (Free and Easy). Kalau betul-betul tak ada sangat tujuan, duduk rumah, tido.
  • Bilangan travel-partner / pelancong

    Bilangan penting, sebab dah tahu bilangan baru boleh decide pengangkutan. Kena juga ambil tahu jantina dan juga basic background. Tua, Muda, Alergic, bla bla
  • Pengangkutan

    Kenderaan Sendiri : Kereta, Motor,
    Kenderaan Awam, senaraikan stesen dan waktu perjalanan. Kalau boleh make sure tiket reserve awal.
    Kenderaan Sewa : Bas, Van, Kereta
  • Jalan  

    Jalan Biasa, Highway, Jalan Bahaya, Lampu Isyarat. Semua ni kena ambil tahu.

    Contoh, jarak dari KL ke Kuantan Pahang, adalah 250Km lebih kurang. Dengan bawa kereta konon power, boleh tekan 110 km/h sepanjang perjalanan, akan mengambil masa cuma 2 jam lebih. Tapi, jalan di situ berbukit dan berbahaya, jadi perjalanan akan mengambil masa yang lebih lama. Mungkin hampir 4 jam.

  • Tempat rehat, makan, minum
    Untuk jalan biasa yang kita tak biasa, biasakan berhenti di mana sahaja tempat yang boleh berhenti rehat, makan, toilet stop, dll. Kita tak tahulah, depan tu hutan ke, lubang ke. Amalkan juga banyak bertanya kepada orang tempatan, termasuklah pakcik kedai makan, kakak stesen minyak tentang arah jalan dan tempat berhenti yang sesuai. Kadang-kadang, GPS dan iphone maps, boleh menipu kita. Tunjuk restoran, rupa-rupa tutup.

    Untuk lebuhraya, sila ambil tahu jarak setiap RnR. Kalau jalan biasa, kita boleh pancut tepi jalan, tapi janganlah buat perangai macam tu atas lebuh raya. Minyak kereta lagi. Kaki letih lagi. Mengantuk lagi.
  • Kondusi Trafik

    Laju, Perlahan, Kemalangan, Jalan Rosak. Kondusi trafik akan berbeza mengikut waktu dan tarikh. Ada waktu jalan sangat lengang, ada waktu jalan yang 10minit boleh mengambil masa 2 jam. Ini aspek paling penting untuk kelancaran sesuatu perjalanan. Gagal mentafsir kondusi trafik. Maka, banyak program akan tergendala,
  • Penginapan

    Rumah Sewa (Homestay), Hotel, Rumah Tumpangan, Chalet, Camp site. Jika perjalanan lebih sehari, silalah ambil berat tempat untuk tidur / rehat. Kurangkan buat perangai terjah reception hotel tiba-tiba, sebaliknya amalkan sikap tempah atau bayar deposit terlebih dahulu. Biasanya kalau tanpa deposit, bilik boleh ditempah awal separuh hari sebelum disewakan kepada orang lain. Ini berguna untuk kita buat pilihan bilik dalam sesuatu bandar. Katakan ada 10 Hotel dalam pilihan, kita call semua hotel tanya harga, dan cakaplah nak sampai dalam masa 2 jam, suruh dia reserve. Kecuali very peak season, boleh je buat macam ni. Jadi kita senang nak buat pilihan harga.
  • Contacts (jika perlu)
    Sila simpan no hubungan dengan orang-orang yang penting dan berkaitan dengan lawatan. Selalunya tuan rumah homestay. Kalau ada.
Ini semua akan ditambah tolak dalam susunan itenari. Macam mana? Next!

kapten Z

Tuesday, 3 January 2012

ITENARY : Maksud

Itenari bermaksud
  1. a detailed plan for a journey, especially a list of places to visit; plan of travel.
  2. a line of travel; route.
  3. an account of a journey; record of travel.
  4. a book describing a route or routes of travel with information helpful to travelers; guidebook for travelers.
kira Bahasa Malaysia /Melayu bermaksud, tentatif perjalanan. Waktu saya belajar guiding dulupun terpikir, apalah susah-susah, sebut je lah tentatif ke, aturcara ke.

Itenari diperlukan dalam setiap tour samada secara rambang atau terperinci.

Contoh itenari rambang :

Sabtu 31/12/201
Pagi : Sarapan                    <------------- tak dinyatakan waktu dan tempat
          Bertolak ke KLCC  <----------- tak dinyatakan tempat untuk berkumpul, waktu bergerak
          Membeli belah di Suria <-------- tak diberi waktu ketibaan, time duration,

Contoh Detailed Itenari :

Sabtu 31/12/201
7:30 am : Sarapan di Lobi Hotel                 
10:00 am : Bertolak ke KLCC
11:00 am : Jangka tiba di KLCC, Membeli belah di Suria
.....
.....

Itenari merupakan perkara paling penting dalam setiap pakej yang ditawarkan oleh mana-mana agensi. Namun sebagai FIT (Free Independent Traveler)/ Pelancong Bebas / Pengembara / Backpakers , dengan itenari yang betul dan baik, dapat menjamin perjalanan yang berbaloi.

Seseorang Pemandu Pelancong (Tourist Guide - TG),boleh disaman atau ditatatertibkan, jika ada seorang sahaja pelancong yang membuat aduan, bahawa perjalanan tidak mengikut itenari. Hm.

Masalahnya, TG tak akan tahu ketelusan sesebuah itenari, melainkan mempunyai pengalaman yang cukup luas dan mengambil tahu perkembangan semasa. Saya bagi situasi ;

          Ahad            
4petang : bertolak ke Kuala Lumpur dari Melaka
6:30petang : Tiba di Hotel Royal Chulan, KL     

Kalau kurang pengalaman, kita perasan yang perjalanan ini memang ada masa yang cukup. Tapi, kalau perasan, waktu tu petang ahad, jadi jalan memasuki KL memang sesak. Kalau TG yang cekap, dia akan cepat-cepat ubah waktu dengan Tour Operator dari Agensi Pelancongan.

Masalah yang sama boleh jadi kepada seorang FIT, terutama dalam aspek public transportation.

Katalah, kita punya tiket bas pukul 10:30am dekat Bandar Tasik Selatan. Tapi, pukul 9:30 tak lagi keluar2 rumah dekat Pantai Dalam. Sungguh cari masalah. :)

Jadi bagaimana nak buat satu Itenari yang baik? Next entry.

kapten Z