Sunday 12 February 2012

outbound inbound

Bila kita ada dalam industri pelancongan, ada banyak keywords yang lain dari yang lain. Samalah macam medic, engineer, government servant dan lain-lain. Harini, kita bercakap tentang 


OUTBOUND  -----(ground)----- INBOUND

Inbound adalah terma untuk kerja-kerja membawa pelancong di dalam negara sendiri. Tak kiralah pelancong asing ataupun tempatan. Lesen untuk travel agensi ni terhad, tak boleh nak buat ticketing luar negara, tak boleh nak buat pakej ke luar negara ikut suka abah dia. 

Outbound bermaksud travel agensi ini ada lesen untuk membuat pakej ke luar dari negara asal mereka. Contoh senang macam pergi umrah. Jadi mestilah ada lesen Outbound. Mereka akan uruskan semua benda sendiri, ataupun menggunakan Ground di negara yang mereka nak tuju. Ground ni apakebenda pulak?

Ground adalah terma khas untuk travel agensi yang membawa grup luar negara di negara agensi tu sendiri. Biasanya agensi oversea yang tak ada cawangan di Malaysia, akan berhubung dengan mana-mana agensi di Malaysia untuk menjadi Ground untuk group yang akan mereka hantar. Ground tak perlu lesen Outbound, cukup dengan lesen inbound sahaja, biasanya mereka akan ambil group/pelancong ni di sempadan, lapangan terbang, dan jeti. 

ada paham?
Jadi kalau lepas ni adalah mana-mana mamat tulis dekat jawatan dia, Tour Operator (Inbound) janganlah pergi tanya, "banyak negara kau da pergi bawak orang?"

Takpun tiba-tiba dengar agensi kata, "Nanti kami contact ground kami dekat negara xxxx.". Jangan kata dia ngelat pulak.

kapten Z
 

0 comments:

Post a Comment