Kuala Lumpur

Capital City of Malaysia that filled with vibrant people and activity.

Langkawi, the legendary pearl island

Great landscape, stunning view. One of UNESCO Geopark and most popular tourist spot.

Malacca, the historical city

600 years historical UNESCO Heritage City, the birth of Malay Sultanate era.

Thousand of Flora

Named as one of the most diversed place in the world, much more can you expect from this rainforest country

White Water Rafting

Endless challenge in the tropical rain forest of Malaysia.

Showing posts with label Melaka. Show all posts
Showing posts with label Melaka. Show all posts

Thursday, 9 February 2012

FactFactor : Kota A'Famosa / A'Famosa Fortress

Saya menghabiskan banyak masa untuk buat sekadar benda alah ni. Tujuannya, untuk lebih senang pemahaman. Berikut adalah FactFactor untuk Kota A'Famosa, sekarang ini tiada lagi A'Famosa, yang tinggal hanyalah Porta de Santiago. Juga Middelsbrough Bastion yang baru dibina semula di tepi Sungai Melaka.

Sebab ini FactFactor pertama, ada masalah dengan saiz. Tak apa. Nanti saya repair. Sementara ni, nak baca, kena klik. Save lagi mudah.

factfactor : A'Famosa

kaptenZ

Tuesday, 24 January 2012

Melaka : Naga Besar di Jonker Walk

Jalan paling popular di Melaka, Jonker Street atau nama sebenar - Jalan Hang Jebat turut tak melepaskan sambutan Tahun Baru China dengan replika naga gergasi.

The Dragon's Year

Replika naga ini sepanjang 121 meter diletakkan berhampiran round-about Jambatan Tan Kim Seng, dan mempunyai kembar berdekatan dengan satu lagi pintu masuk ke Jonker Street, di Jalan Kubu. Harga "Naga 1Malaysia" ini adalah RM120 00. Seriusly harga Honda CRZ, Mazda 3 baru, kalau recon boleh dapat beetle tak pon Mercedes. 


Naga 121 Meter dan Angpao terbesar di Malaysia (dekat bangunan merah tu)
2 Minggu diperlukan untuk proses menggantung 2 naga 


Naga ini juga akan mengeluarkan air setiap setengah jam bermula dari jam 8malam hingga 12 tgah malam. Air ini akan jatuh ke dalam kolam water fountain yang ada di roundabout kecil. 




Air keluar dari lidah Naga dan masuk ke dalam kolam
 Naga ini digantung dengan dawai/tali halus agar kelihatan seperti sedang terbang melayang di antara bangunan.






Selamat tahun baru China kepada semua orang yang menyambutnya. Semoga tahun ini lebih Ong.



-----------------------------



The most popular street in Melaka, Jonker Street or real name - Jalan Hang Jebat also celebrate 2012 Chinese New Year with a giant dragon's replica.


The 121 meters long's dragon located near Tan Kim Seng Bridge, and has a twin at the other entrance to Jonker Street, Jalan Kubu. It cost around RM120 00 to build and install both of them.


This dragon will pour water every half hour from its mouth, around 8pm to 12am. The water will drop at a small pool under the dragon's head.


This dragon is suspended by wires so that look like flying flying between the buildings, and took two weeks to be installed.


Happy Chinese New year to all who celebrate it. 


kapten Z

Monday, 16 January 2012

MELAKA : Time travel listed

Jambatan Pasar Lama, Sungai Melaka, Melaka
Majalah on-line "NY Time Travel" telah menyenaraikan negeri Melaka dalam salah satu tempat patut pergi pada tahun 2012. Bandaraya yang telah mendapat status Unesco World Heritage site besama-sama bandar Georgetown di Pulau Pinang ini merupakan satu-satunya tempat di Malaysia yang tersenarai.


Lihat review Melaka di laman tersebut :




28. Malacca, Malaysia
A World Heritage site ramps up its tourism options.
Slide Show


With its lantern-lighted canals and silent, narrow streets lined with decades-old ornate temples and shop houses, few places in Southeast Asia conjure romantic images of the past as effectively as Malacca, Malaysia’s oldest city. A former Portuguese, Dutch and British colony, this Unesco World Heritage site is now attracting record numbers of tourists lured by its unusual architecture and cuisine, which reflect centuries of foreign influences.


More than seven million visitors are expected in 2011, so the town, about 90 miles southeast of the capital, Kuala Lumpur, is welcoming new hotels like the Casa del Rio, a Portuguese-inspired luxury boutique property with 66 rooms; and Courtyard@Heeren, a 100-year-old shop house converted into a 14-room hotel. When you’re not exploring places like the 17th-century former Dutch town hall or Jonker Street’s antiques shops, gorge on Malacca’s outstanding local specialties, like creamy, piquant nyonya laksa at the family-run Donald & Lily’s. NAOMI LINDT


Melaka tersenarai pada kedudukan ke 28 dari 45 tempat menarik di seluruh dunia. Dengan tarikan-tarikan terbaru seperti Muzium Kapal Selam, Rock Shop dan lain-lain, Melaka semestinya mengisi salah satu dari tempat percutian anda.


Selamat datang ke tapak warisan UNESCO.


kapten Z

Sunday, 15 January 2012

Melaka : St. Francis Xavier

Kalau naik ke Bukit St. Paul, mesti dapat lihat sebuah patung berdekatan dengan menara Gereja St. Paul. Patung tu adalah patung paderi St. Francis Xavier. 


St. Francis Xavier merupakan antara tujuh orang Jesuit pertama dekat dunia ini. Dia membawa ajaran Roman Chatolic dan mengembara ke seluruh dunia. Dalam pengembaraannya ke Timur, St. Francis Xavier telah pergi ke banyak negeri termasuklah kerajaan Portugis di Melaka, pada tahun 1545.


Dulu-dulu ingatkan
Pak Haji mana la ni



Waktu St. Francis Xavier melawat Pulau Sichuan/Shangchuan, China, dia jatuh sakit. Agak-agak dah tahu umur tak panjang, dia pesan dekat kapten kapal untuk bawa mayatnya ke Goa, India kalau jadi apa-apa. {Goa, India adalah pusat pentadbiran Syarikat Hinda Timur, milik British. Pelabuhan yang penting untuk kolonial Eropah di Asia


Dah tu, betul-betul pula dia mati. Sebab terkejut, Kapten Kapal terpaksa buat sebuah keranda untuk simpan mayat St. Francis dengan elok sementara tunggu angin monsun untuk balik ke Melaka dan seterusnya ke Goa. 


Waktu dibawa ke Melaka, keranda dibuka dan mayat St. Francis nampak masih segar macam masih hidup. Jadi mayat tu telah diletakkan dalam sebuah kubur terbuka di dalam Chapel Of God, selama lapan bulan, dari 22 Mac sampai 11 Disember 1553. 


Lepas angin monsun seterusnya, barulah boleh nak bawa mayat ini ke Goa. Dikatakan, mayat ini akan dibuka 10 tahun sekali untuk membuktikan mayat St. Francis sentiasa berada dalam keadaan baik.


Perjalanan Francis Xavier ke Timur
Pada tahun 1614, proses untuk memberi tauliah St. kepada Francis Xavier dilakukan dekat Rome. Oleh kerana orang Goa merayu untuk tidak memindahkan mayat itu, jadi, Pope meminta agar sebelah pergelangan tanganya dipotong dan dibawa untuk proses yang dipanggil Canonization. Orang kata, mengalir darah dari tangan St. Francis, walaupun dah berpuluh tahun mati


Bekas kubur St. Francis Xavier yang ditutup dengan kerangka besi.




Patung St. Francis dibina pada tahun 1952, untuk mengingati jasa, pengorbanan dan kehebatan paderi itu. Pagi setelah Patung ni didirikan, sebatang pokok telah jatuh dan mematahkan pergelangan tangan dan ibu jari kaki Patung tu. Orang kata, ajaib la sebab sama dengan story mory pergelangan tangan mayat St. Francis yang terpisah. 




Selain dari patung, beberapa peninggalan lain yang berkaitan dengan St. Francis dapat dilihat, antaranya lubang bekas kubur St. Francis di dalam Gereja St. Paul, Gereja St. Francis Xavier dan Sekolah St. Francis Xavier, semuanya di Banda Hilir.


Tu bekas kubur ye adik-adik. Bukan terowong rahsia. 


read more
link 1


kapten Z

Melaka : Bukit St. Paul

Haritu saya ada buat benda kurang faedah. Start kapcai, bawak tripod, bawa kamera, bawa sampai Bandar Hilir. Seminggu dua cuaca cukup panas, selalunya waktu macam ni awan kurang dan "sunset effect" cukup menawan.


Banda Hilir Waktu Maghrib






Dari rumah ke Banda Hilir traffic baik, 5~10 minit dah sampai, kalau traffic buruk, 2 jam tak lepas parking kereta. Semenjang dua menjak, memang weekend tak boleh buat apa dah kat Melaka. Super strawberry jem. Jadi pakai kapcai lebih senang, kalau pandai, boleh park free. 


Bukit St. Paul merupakan bukit yang selalu kita nampak dekat Bandar Hilir. Bukit ini dikelilingi dengan beberapa monumen sejarah yang menarik. Antaranya, Bangunan Merah (Stadhuys), Porta De Santiago tinggalan A, Famosa, Muzium Gabenor, juga Muzium Kesultanan Melayu Melaka. 


Bukit ini juga dikenali dengan nama Bukit Melaka. Sejarahnya, Istana Sultan Melaka sebelum serangan Portugis 1511, terletak hampir dengan kaki bukit. Jadi, Sultan boleh tengok keadaan pelabuhan Melaka dari istana. Selepas serangan 1511, Portugis bawah kendalian Alfonso de Albuquerque dah ranapkan semua bangunan termasuklah Masjid dan Istana, dan terus buat kubu A'Famosa. Waktu awal kubu ni kecil dan dibina menggunakan kayu. 


Kemudian, satu kubu baru yang lebih besar menggunakan batu potong merah (dikatakan diambil dari Pulau Upih, Melaka) dibina dan siap pada 1512. A'Famosa ni mengelilingi Bukit St. Paul dan juga digelar Kota Melaka, sebab segala-gala keperluan, rumah, pejabat, ada di dalam ni.




Pada tahun 1521, kapten kapal Portugis telah membina Gereja yang diberi nama Chapel of God (Madre de Deus). Ada juga orang menggelarkan gereja ini Lady of the Hill (Nossa Senhora do Oiteiro).


 Kapten Duerte Coelho nak melahirkan rasa syukur sebab kapal dia salah satu dari tiga kapal yang terselamat dalam Perang Tamao Pertama (1st Battle of Tamao). Waktu berperang dengan Armada China Dinasti Ming dekat Laut China Selatan, tiba-tiba ribut datang. Perang ni terjadi akibat orang China percaya Portugis culik anak-anak orang China, malah ada yang dipanggang dan dimakan. Tu yang marah bebeno.
{Selepas penjajahan Portugis di Melaka, banyak usaha dari kerajaan Melayu negeri lain dan ally Melaka untuk menjatuhkan kepentingan Portugis.}


Selepas Belanda mengambil alih Kota Melaka pada tahun 1641, gereja ini digunakan sebagai tempat ibadat, dan diberi nama Gereja St. Paul. 


Selepas Christ Church siap dibina, gereja ini dijadikan kubur untuk orang Belanda. Lebih teruk, waktu zaman british, bangunan tiga tingkat ni cuma jadi gudang simpan serbuk senjata, dan dibiarkan hancur seperti yang boleh kita lihat sekarang.
  1. Daripada sy kecil sampai la da tak berapa nak besar ni, dah dekat puluh kali dah naik atas Bukit ni, nama Bukit ni St. Paul pun tak berapa nak tahu. Tapi orang Melaka, ada yang panggil bukit ni Bukit Melaka. 
  2. Cikgu tadika takpe la tak mau bagitau, tapi cikgu sekolah rendah, sekolah menengah pun sama pemalas nak baca buku sebelum buat lawatan pergi Melaka. Jadi tak dapat nak cerita satu hapa pun.
  3. Bangunan sikit punya buruk tu boleh dia kata rumah orang. Padahal gereja bersejarah tu.
    Bahagian dalam Gereja St. Paul
  4. Batu-batu yang tersandar dekat dinding tu cikgu saya kata Batu bersurat. Kepalakotak! Haha. Baca betul-betul ada je yang siap English Translation.
    Salah satu Batu Nisan Belanda Stail

  5. Lubang bekas kubur St. Francis Xavier, boleh orang kata perigi rahsia, boleh keluar dekat Bukit senjuang la, perigi Hang Li Po la. Pfffffttttttbbbbb.

    Abang ni salah sorang yang tak tahu pekebendalah lubang ni.
    Rupa-rupanya bekas kubur St. Francis.
  6. Jadi kepada cikgu-cikgu, apalah susah nak belajar sejarah, sekarang ni wikiApaDia? tulis semua benda. Kalau cikgu tak tahu sejarah, ambillah Tourist Guide. Kalau Tourist Guidepun tak tahu, buat report dekat kementerian pelancongan. 
  7. Kalau cikgu pergi ke Melaka sekadar nak beli belacan, ambil gambar senyum-senyum, baiklah datang dengan husband. Dapat juga tambah apa yang patut. 
  8. Badan bertindak pelancongan negeri Melakapun patut meletakkan beberapa papan informasi yang lebih mudah dibaca oleh semua pihak. Papan yang ada sekarang lawa, tapi untuk kanak-kanak mendongak baca, memang tidaklah.
  9. Pemandangan waktu senja memang cantik dari atas sini. Lebih-lebih lagi dekat bahagian patung St. Francis. (view dalam gambar dekat atas sekali). Mengadap lautdan matahari terbenam.
  10. Melaka Photo-Spot, of course. Waktu sesuai : Senja.
  11. Wedding Photo-Spot, tapi tidak digalakkan untuk Muslim. This is Church.
kapten Z


read more
link 1