Kuala Lumpur

Capital City of Malaysia that filled with vibrant people and activity.

Langkawi, the legendary pearl island

Great landscape, stunning view. One of UNESCO Geopark and most popular tourist spot.

Malacca, the historical city

600 years historical UNESCO Heritage City, the birth of Malay Sultanate era.

Thousand of Flora

Named as one of the most diversed place in the world, much more can you expect from this rainforest country

White Water Rafting

Endless challenge in the tropical rain forest of Malaysia.

Showing posts with label Photo-spot. Show all posts
Showing posts with label Photo-spot. Show all posts

Tuesday, 24 January 2012

Melaka : Naga Besar di Jonker Walk

Jalan paling popular di Melaka, Jonker Street atau nama sebenar - Jalan Hang Jebat turut tak melepaskan sambutan Tahun Baru China dengan replika naga gergasi.

The Dragon's Year

Replika naga ini sepanjang 121 meter diletakkan berhampiran round-about Jambatan Tan Kim Seng, dan mempunyai kembar berdekatan dengan satu lagi pintu masuk ke Jonker Street, di Jalan Kubu. Harga "Naga 1Malaysia" ini adalah RM120 00. Seriusly harga Honda CRZ, Mazda 3 baru, kalau recon boleh dapat beetle tak pon Mercedes. 


Naga 121 Meter dan Angpao terbesar di Malaysia (dekat bangunan merah tu)
2 Minggu diperlukan untuk proses menggantung 2 naga 


Naga ini juga akan mengeluarkan air setiap setengah jam bermula dari jam 8malam hingga 12 tgah malam. Air ini akan jatuh ke dalam kolam water fountain yang ada di roundabout kecil. 




Air keluar dari lidah Naga dan masuk ke dalam kolam
 Naga ini digantung dengan dawai/tali halus agar kelihatan seperti sedang terbang melayang di antara bangunan.






Selamat tahun baru China kepada semua orang yang menyambutnya. Semoga tahun ini lebih Ong.



-----------------------------



The most popular street in Melaka, Jonker Street or real name - Jalan Hang Jebat also celebrate 2012 Chinese New Year with a giant dragon's replica.


The 121 meters long's dragon located near Tan Kim Seng Bridge, and has a twin at the other entrance to Jonker Street, Jalan Kubu. It cost around RM120 00 to build and install both of them.


This dragon will pour water every half hour from its mouth, around 8pm to 12am. The water will drop at a small pool under the dragon's head.


This dragon is suspended by wires so that look like flying flying between the buildings, and took two weeks to be installed.


Happy Chinese New year to all who celebrate it. 


kapten Z

Monday, 16 January 2012

WTG : Pesta layang-layang 2012

Where To Go mencadangkan anda untuk santai bersama keluarga di Pasir Gudang, Johor Darul Tazim.

Acara : Pesta Layang-Layang Antarabangsa
Website :  http://www.kitefestpasirgudang.com
Tarikh : 15,16,17,18,19 Februari.
Masa : Sila rujuk web penganjuran. Masa persembahan dari jam 8:30 pagi hingga 6:00 petang
  1. Jarak perjalanan dari Kuala Lumpur lebih kurang 340km. Mungkin mengambil masa sekitar 4~5jam.
  2. Acara ini bertaraf antarabangsa, sila pastikan anda sudah menempah awal tempat penginapan.
  3. Photo-spot, pasti. Masa untuk menggunakan zoom lense anda yang pasti mahal. Wide lense juga membantu untuk pemandangan keseluruhan kawasan. 

Sunday, 15 January 2012

Melaka : Bukit St. Paul

Haritu saya ada buat benda kurang faedah. Start kapcai, bawak tripod, bawa kamera, bawa sampai Bandar Hilir. Seminggu dua cuaca cukup panas, selalunya waktu macam ni awan kurang dan "sunset effect" cukup menawan.


Banda Hilir Waktu Maghrib






Dari rumah ke Banda Hilir traffic baik, 5~10 minit dah sampai, kalau traffic buruk, 2 jam tak lepas parking kereta. Semenjang dua menjak, memang weekend tak boleh buat apa dah kat Melaka. Super strawberry jem. Jadi pakai kapcai lebih senang, kalau pandai, boleh park free. 


Bukit St. Paul merupakan bukit yang selalu kita nampak dekat Bandar Hilir. Bukit ini dikelilingi dengan beberapa monumen sejarah yang menarik. Antaranya, Bangunan Merah (Stadhuys), Porta De Santiago tinggalan A, Famosa, Muzium Gabenor, juga Muzium Kesultanan Melayu Melaka. 


Bukit ini juga dikenali dengan nama Bukit Melaka. Sejarahnya, Istana Sultan Melaka sebelum serangan Portugis 1511, terletak hampir dengan kaki bukit. Jadi, Sultan boleh tengok keadaan pelabuhan Melaka dari istana. Selepas serangan 1511, Portugis bawah kendalian Alfonso de Albuquerque dah ranapkan semua bangunan termasuklah Masjid dan Istana, dan terus buat kubu A'Famosa. Waktu awal kubu ni kecil dan dibina menggunakan kayu. 


Kemudian, satu kubu baru yang lebih besar menggunakan batu potong merah (dikatakan diambil dari Pulau Upih, Melaka) dibina dan siap pada 1512. A'Famosa ni mengelilingi Bukit St. Paul dan juga digelar Kota Melaka, sebab segala-gala keperluan, rumah, pejabat, ada di dalam ni.




Pada tahun 1521, kapten kapal Portugis telah membina Gereja yang diberi nama Chapel of God (Madre de Deus). Ada juga orang menggelarkan gereja ini Lady of the Hill (Nossa Senhora do Oiteiro).


 Kapten Duerte Coelho nak melahirkan rasa syukur sebab kapal dia salah satu dari tiga kapal yang terselamat dalam Perang Tamao Pertama (1st Battle of Tamao). Waktu berperang dengan Armada China Dinasti Ming dekat Laut China Selatan, tiba-tiba ribut datang. Perang ni terjadi akibat orang China percaya Portugis culik anak-anak orang China, malah ada yang dipanggang dan dimakan. Tu yang marah bebeno.
{Selepas penjajahan Portugis di Melaka, banyak usaha dari kerajaan Melayu negeri lain dan ally Melaka untuk menjatuhkan kepentingan Portugis.}


Selepas Belanda mengambil alih Kota Melaka pada tahun 1641, gereja ini digunakan sebagai tempat ibadat, dan diberi nama Gereja St. Paul. 


Selepas Christ Church siap dibina, gereja ini dijadikan kubur untuk orang Belanda. Lebih teruk, waktu zaman british, bangunan tiga tingkat ni cuma jadi gudang simpan serbuk senjata, dan dibiarkan hancur seperti yang boleh kita lihat sekarang.
  1. Daripada sy kecil sampai la da tak berapa nak besar ni, dah dekat puluh kali dah naik atas Bukit ni, nama Bukit ni St. Paul pun tak berapa nak tahu. Tapi orang Melaka, ada yang panggil bukit ni Bukit Melaka. 
  2. Cikgu tadika takpe la tak mau bagitau, tapi cikgu sekolah rendah, sekolah menengah pun sama pemalas nak baca buku sebelum buat lawatan pergi Melaka. Jadi tak dapat nak cerita satu hapa pun.
  3. Bangunan sikit punya buruk tu boleh dia kata rumah orang. Padahal gereja bersejarah tu.
    Bahagian dalam Gereja St. Paul
  4. Batu-batu yang tersandar dekat dinding tu cikgu saya kata Batu bersurat. Kepalakotak! Haha. Baca betul-betul ada je yang siap English Translation.
    Salah satu Batu Nisan Belanda Stail

  5. Lubang bekas kubur St. Francis Xavier, boleh orang kata perigi rahsia, boleh keluar dekat Bukit senjuang la, perigi Hang Li Po la. Pfffffttttttbbbbb.

    Abang ni salah sorang yang tak tahu pekebendalah lubang ni.
    Rupa-rupanya bekas kubur St. Francis.
  6. Jadi kepada cikgu-cikgu, apalah susah nak belajar sejarah, sekarang ni wikiApaDia? tulis semua benda. Kalau cikgu tak tahu sejarah, ambillah Tourist Guide. Kalau Tourist Guidepun tak tahu, buat report dekat kementerian pelancongan. 
  7. Kalau cikgu pergi ke Melaka sekadar nak beli belacan, ambil gambar senyum-senyum, baiklah datang dengan husband. Dapat juga tambah apa yang patut. 
  8. Badan bertindak pelancongan negeri Melakapun patut meletakkan beberapa papan informasi yang lebih mudah dibaca oleh semua pihak. Papan yang ada sekarang lawa, tapi untuk kanak-kanak mendongak baca, memang tidaklah.
  9. Pemandangan waktu senja memang cantik dari atas sini. Lebih-lebih lagi dekat bahagian patung St. Francis. (view dalam gambar dekat atas sekali). Mengadap lautdan matahari terbenam.
  10. Melaka Photo-Spot, of course. Waktu sesuai : Senja.
  11. Wedding Photo-Spot, tapi tidak digalakkan untuk Muslim. This is Church.
kapten Z


read more
link 1

Friday, 30 December 2011

WTG : 2012 new year

Sambutan tahun baru 2012 dah dekat. Untuk semua orang sekurang-kurangnya mesti ada target tahun baru walaupun tahun lepas entah sampai target atau tidak.


Jadi, Where To Go kali ini, bagi cadangan untuk korang sambut tahun baru dengan kekasih, mak abah, bini, anak, kawan-kawan, atau macam saya je, sorang-sorang. Untuk yang bawa kamera bentangkan tikar, pasangkan tripod dan shoot the fireworks.


WTG : 2012 New Year
_______________________________________




New Year's Eve 2012 is around the corner. For the becoming new-2012-year, we should have a new own goal to achieve, though the 2011-target maybe still uncomplished.


So, Where To Go, this time, will give you idea to celebrate this new year besides sitting in-front of television and watching old movie again and again. Lets countdown this new year with special one, parents, husband/wife, children, friends, or like me, alone. For the photo-geeks, get your camera, install your tripod and lets frame the fireworks.


WTG: 2012 New Year




LEMBAH KLANG/GREATER KL

  1. Konsert Ambang 2012, Dataran Merdeka, Kuala Lumpur :
    Anjuran Ambank + DBKL + RTM
    Konsert-stail
    Mula 8 malam.
    Bayaran of course Free
  2. Karnival Sayangi Selangor, iCity, Shah Alam, Selangor :
    Anjuran BN
    Konsert + Politik influence stail
    Dari pagi (karnival ni 4 hari pun)
    Bayaran Masuk iCity dikenakan (kot).
    Untuk yang sekadar nak tengok bunga-api, baik tengok dari UiTm (kalau dapat masuk), atau dari luar.
  3. New Year Countdown, Bukit Bintang + KLCC :
    Bukit Bintang-KLCC Tourism Asc. + MoTour
    Party-type
    Free


  4. 2012 Countdown Concert Party : Sunway Lagoon
    Bandar Sunway, Selangor
    Hard Party-type
    Dari 7malam
    Sememangnya bukan untuk family-type person
    Bayaran RM80, RM100 & RM150


  5. Jom Santai Bersama GeMS + Countdown 2012
    Dataran kemerdekaan Shah Alam
    Wisma MBSA, Shah Alam, Selangor
    Islamic, talk, carnival type
    Cara lebih praktikal untuk melarikan diri dari hendonisme. Feat. Ustaz Azhar Idrus.
    8pagi - 12malam
    Bayaran Percuma

  6. Mystical Eve 2012
    Red Carpet Avenue, Encorp Strand
    Kota Damansara
    Masuk Percuma

     
  7. Dan banyak parti lagi.





PUTRAJAYA
  1. Konsert Ambang Tahun Baru 2012 Putrajaya
    Laman 1 Malaysia, Presint 2, Putrajaya
    Anjuran KBS
    Karnival, konsert type
    Free








PENANG
  1. Fireworks & New Year Eve Countdown @ Penang Hill
    Puncak Bukit Bendera / Penang Hill
    Pulau Pinang
    Tren RM8 Adults
    Fireworks










MELAKA
  1. Sambutan Tahun Baru 2012 @ Menara Taming Sari
    Banda Hilir, Melaka
    Free

other interesting place that you get Around this 2011 last night? Tell us