Sunday 20 July 2014

Go Japan - Episode JR Pass

Knowing Pass in Japan Episode JR Pass

Japan Rail Pass aka JR pass adalah pass keretapi paling luas di jepun.
JR pass membolehkan anda menggunakan semua keretapi syarikat kumpulan JR, termasuklah Shinkansen (Bullet train) di seluruh Jepun. <pengecualian untuk Bullet Train Nozomi dan Mizuho>. Malah boleh juga digunakan untuk bas dan feri (di beberapa tempat).


JR Pass tidak boleh dibeli di Jepun. Hanya boleh dibeli daripada agen di luar jepun ataupun online sahaja.
Dan juga 100% untuk pelancong / visa pelawat sahaja.

***

Harga JR Pass semasa di jepun
Type:
Green
Ordinary
Duration
Adult
Child
Adult
Child
7-day
38,880 YEN
19,440 YEN
29,110 YEN
14,550 YEN
14-day
62,950 YEN
31,470 YEN
46,390 YEN
23,190 YEN
21-day
81,870 YEN
40,930 YEN
59,350 YEN
29,670 YEN
Kebanyakan beli Ordinary 7 days JR Pass = JPY 29,100. << RM 932 (currency 0.032)>>.

Boleh jadi sangat berbaloi kalau pandai guna, tapi boleh jadi membazir kalau sebaliknya.

Contoh trip berbaloi: 

Flight masuk dan keluar daripada Airport di Tokyo.
4 malam tidur di Tokyo
3 malam tidur Osaka
day trip ke Kyoto

Harga tiket train
Narita Airport - Shinjuku (Tokyo) <Narita Express> = JPY 1,500 x 2 hala = JPY 3,000
Tokyo - Shin Osaka <Shinkansen Hikari>                 = JPY 14,140 x 2 hala = JPY 28,280 
Shin Osaka - Kyoto <Shinkansen Hikari>                 = JPY 2,810 x 2 hala = JPY 5,620

total of JPY 36,900.
JR Pass : JPY 29,110 
Jimat : JPY 7,790 <lebih kurang RM 250>
belum tolak tambah day trip pergi Disneyland, Universal Studio Japan, local train dekat Tokyo, Osaka lagi. wuut!! Kalau lebih banyak anda guna, lebih berbaloi baloi JR pass ini.

***

Sewaktu anda beli pass daripada travel agent / online, anda akan diberikan exchange order.
JR pass exchange order cover

JR Pass Exchange Order - example

Pastikan nama dalam passport sejibik dalam Exchange Order ni.

Salah satu agent yang menjual JR Pass adalah
H.I.S. Travel (Malaysia) Sdn.Bhd. (547816-A)
Suite 1206,12th Floor,Central Plaza,34,Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur
603 - 2148 - 8000 / 03 - 2141 - 9626
waktu telefon, minta sambung extension 106 :)
http://www.his.com.my/

EO ini tak boleh digunakan lagi. Sampai di Jepun tukarkan EO di Service Counter or Ticket counter di stesen JR yang tertentu (tak semua boleh ya). – senarai full kaunter yang boleh tukar JR pass.

Paling mudah, tukar di stesen keretapi JR yang ada di airport waktu hari tiba di Jepun.
Narita Airport (terminal 1 & 2), 
Haneda Airport (International Terminal), 
Kansai Airport.
Ops. Nagoya International Airport (or Chubu Airport) tak ada pulak. Kena naik private train sampai Nagoya Station baru boleh tukar (akan di explain dalam entry lain).

Approach servis counter or midori mado-guchi dengan lambang di bawah.


midori madoguchi / Green Window / Service Counter
  Kalau dekat area Tokyo boleh approach JR east travel service centre juga.
JR East Travel Service Centre
Pegawai stesen akan berikan anda JR pass yang sebenar.
Selepas itu, anda hanya perlu tunjukkan pass ini kepada pegawai stesen yang ada dekat pintu masuk setiap stesen.

Actual JR Pass
*tunjukkan JR pass dekat laluan yang paling kiri tu (ada tingkap).
 Ok. Extra information. Ada jenis train yang memang kena reserved seat dan ada extra ticket untuk tunjukkan nombor coach dan nombor seat anda.
Contoh: Narita Express, Bullet train, Special Train.

Macam mana nak dapatkan tiket ni. 
Senang sahaja, korang Cuma tunjuk JR pass korang dan beritahu pegawai dekat service counter / midori madoguchi tu train apa dan destinasi mana nak dituju. 
Mereka akan process dan keluarkan extra tiket. Kalau train tu cover by JR pass, so tak perlu keluarkan apa-apa.
  
Bila dah ada extra tiket tu, just go through the ticket machine sahaja.



Saya akan elobrate lagi tentang jenis tiket dan informasi lain lagi.
Sebarang pertanyaan tentang JR Pass, jepun, halal jepun boleh terus tinggalkan komen, insya-Allah saya membantu.
ataupun 03 - 2148 - 8000 / 03 - 2141 - 9626, waktu telefon, minta sambung extension 106 :)
*waktu bekerja sahaja.

4 comments:

Salam saudara..sy nk tanya mngenai portable wifi?blhkah sy tempah p.wifi di tempat sy beli EO utk jr pass?terina kasih..

Salam Tuan. Kalau dekat Ofis saya, setakat ni belum ada lagi. kami sedang usaha untuk buat deal dengan wifi rental company.. yang saya jumpa website adalah seperti berikut; http://www.globaladvancedcomm.com/pocketwifi.html . Tapi dekat Airport bersusun ada company rental wifi yang mustly dalam RM 30 - 40 / day. Tak pon try http://www.flexiroam.com/ saya tak silap dalam RM 300 untuk 1 minggu unlimited call, sms and data. Kena call depa la untuk kepastian lanjut

O..ok..terima kasih atas maklumat..so sy bcadang nk beli jr pass dlm bulan disember..ape dokumen yg perlu sy bawa?dan bayaran dlm MYR atau YEN?t.kasih...

Untuk Beli JR Pass: Cuma perlu bawa Copy passport, Application Form (akan diberi nanti). Bayaran dalam RM, kami akan revise currency rate setiap hari rabu. itu sahaja. :D

Post a Comment