Monday, 4 August 2014

Go Japan: Seishun 18 Kippu

Selain dari JR Pass, satu lagi Pass yang boleh digunakan seluruh Jepun adalah Seishun 18 Kippu. 
(Seishun Jyuhaci Kippu ataupun Jyuhachi kippu)

Apakah ittew?
Seishun 18kippu ni adalah special tiket yang Cuma dikeluarkan 3 kali setahun untuk kegunaan 3 period sahaja dalam setahun. 
Applicable untuk sesiapa sahaja, merangkumi local JR Train seluruh jepun. 
Tiket adalah Fleksibel untuk 5 kali guna dalam waktu di bawah.
  • Spring: 1st March – 10th April (Jual pada 20 Feb – Mar 31)
  • Summer: 20th July – 10th Sept (jual pada 1st July – 31st Aug)
  • Winter: 10th Dec – 10th Jan (jual pada 1st Dec – 31st Dec)

Selain dari tarikh tu memang tak wujud bendalah 18kippu ni. Janganlah terpengaruh dengan nombor 18 tu, cuma hiasan semata-sama dan tiada kaitan dengan harga, tarikh dan juga validitynya.

Harga 18kippu ni lebih murah. Harga untuk seishun 18 kippu adalah JPY 11850 untuk 5 hari fleksible. (Kos 7 hari JR Pass = JPY 29110.)
Purata Harian
  • 18Kippu = JPY 2370,
  • JR Pass = JPY 4158

Jadi macammana celahpun memang 18kippu ni winning.

TAPI – harus diketahui, selain hanya boleh digunakan pada period tertentu, 18 kippu juga tak cover Shinkansen (Bullet train), Express / Special Express Train. 
Paling-palingpun covers Kaisoku / Rapid train. Jadi perjalanan menggunakan local train adalah PANJANG dan SLOW.



Contoh: Tokyo – Shin Osaka
  • Shinkansen : No Transfer, 180 minutes
  • Local Train: 6 times transfer, 558 minutes. <Kalau mula jam 5:20 pagi akan sampai dalam 2:30 petang>, kematu bontot.

TAPI 2 – yang syoknya, 18kippu ni flexible. Katakan ada hari perjalanan kita tak berbahloi guna seishun 18kippu, so tak perlu guna. Tak berbaloi dalam erti kata lain = kurang dari JPY 2370 sehari.

Bukan setakat waktu nak guna sahaja flexible, korang juga boleh share tiket ni dengan member yang sama-sama travel. Dekat tiket ada 5 space yang akan dicop untuk setiap orang dan setiap hari pass ini digunakan. So kalau 5 orang share 18kippu untuk sehari, terus akan dapat 5 cop. So sehari je lah guna mendalah tu.    
Selain dari tu, waktu-waktu period 18kippu ni juga, ada juga midnight rapid train yang bergerak pada waktu malam. Macam Moonlight Nagara: Tokyo - Nagoya – Ogaki & Moonlight Echigo: Shinjuku – Niigata. Moonlight Nagara tu depart dari Tokyo Station jam 11:Train ni mesti kena reserved seat, dan selalunya memang penuh dengan user 18kippu. Ingat – yang 18kippu boleh digunakan oleh sesiapa sahaja. Jadi, backpakers, travellers, tourist international and domestic pasti pasti berebut train ni.
Sebab dia midnight train, korang boleh jimat budget untuk hotel 1 malam.

Refer

0 comments:

Post a Comment