Saturday, 21 January 2012

ITENARY : Perkara penting dalam ITENARI

Dalam membuat tentatif perjalanan yang baik, seseorang mestilah tahu, mengambil tahu, mengkaji dan mengambil berat setiap details sepanjang perjalanan.

where to go

  • Tempat Tujuan -
    Kalau nak jalan, tak ada tempat tujuan da kira kritikal. Kalau seorang free backpakers, sekurang-kurangnya dia mesti tahu bandar mana dia nak pergi.
  • Jangka Masa -
    Untuk Aktiviti santai, kebiasaannya ambil masa setengah hari, tak perlulah korang nak sampai baca posting ni.

    Kebanyakan aktiviti pengembaraan, atau jarak jauh, memerlukan masa yang panjang.
    Orang KL nak travel santai di Melaka : 2 hari 1 malam
    Caving, white water rafting (WWR), jungle treking di Gopeng, Perak : mungkin 3 hari 2 malam
    Universal Studio, Orchird Road Singapore : 2~3 hari.
    Sabah, Kota Kinabalu : Seminggu.

    Semakin banyak aktiviti, semakin banyaklah masa yang diperlukan.
  • Aktiviti / Tujuan Tour -

    Semua aktiviti yang boleh dan ingin dilakukan mestilah disenaraikan terlebih dahulu. Walaupun tak ada tujuan, silalah tulis FnE (Free and Easy). Kalau betul-betul tak ada sangat tujuan, duduk rumah, tido.
  • Bilangan travel-partner / pelancong

    Bilangan penting, sebab dah tahu bilangan baru boleh decide pengangkutan. Kena juga ambil tahu jantina dan juga basic background. Tua, Muda, Alergic, bla bla
  • Pengangkutan

    Kenderaan Sendiri : Kereta, Motor,
    Kenderaan Awam, senaraikan stesen dan waktu perjalanan. Kalau boleh make sure tiket reserve awal.
    Kenderaan Sewa : Bas, Van, Kereta
  • Jalan  

    Jalan Biasa, Highway, Jalan Bahaya, Lampu Isyarat. Semua ni kena ambil tahu.

    Contoh, jarak dari KL ke Kuantan Pahang, adalah 250Km lebih kurang. Dengan bawa kereta konon power, boleh tekan 110 km/h sepanjang perjalanan, akan mengambil masa cuma 2 jam lebih. Tapi, jalan di situ berbukit dan berbahaya, jadi perjalanan akan mengambil masa yang lebih lama. Mungkin hampir 4 jam.

  • Tempat rehat, makan, minum
    Untuk jalan biasa yang kita tak biasa, biasakan berhenti di mana sahaja tempat yang boleh berhenti rehat, makan, toilet stop, dll. Kita tak tahulah, depan tu hutan ke, lubang ke. Amalkan juga banyak bertanya kepada orang tempatan, termasuklah pakcik kedai makan, kakak stesen minyak tentang arah jalan dan tempat berhenti yang sesuai. Kadang-kadang, GPS dan iphone maps, boleh menipu kita. Tunjuk restoran, rupa-rupa tutup.

    Untuk lebuhraya, sila ambil tahu jarak setiap RnR. Kalau jalan biasa, kita boleh pancut tepi jalan, tapi janganlah buat perangai macam tu atas lebuh raya. Minyak kereta lagi. Kaki letih lagi. Mengantuk lagi.
  • Kondusi Trafik

    Laju, Perlahan, Kemalangan, Jalan Rosak. Kondusi trafik akan berbeza mengikut waktu dan tarikh. Ada waktu jalan sangat lengang, ada waktu jalan yang 10minit boleh mengambil masa 2 jam. Ini aspek paling penting untuk kelancaran sesuatu perjalanan. Gagal mentafsir kondusi trafik. Maka, banyak program akan tergendala,
  • Penginapan

    Rumah Sewa (Homestay), Hotel, Rumah Tumpangan, Chalet, Camp site. Jika perjalanan lebih sehari, silalah ambil berat tempat untuk tidur / rehat. Kurangkan buat perangai terjah reception hotel tiba-tiba, sebaliknya amalkan sikap tempah atau bayar deposit terlebih dahulu. Biasanya kalau tanpa deposit, bilik boleh ditempah awal separuh hari sebelum disewakan kepada orang lain. Ini berguna untuk kita buat pilihan bilik dalam sesuatu bandar. Katakan ada 10 Hotel dalam pilihan, kita call semua hotel tanya harga, dan cakaplah nak sampai dalam masa 2 jam, suruh dia reserve. Kecuali very peak season, boleh je buat macam ni. Jadi kita senang nak buat pilihan harga.
  • Contacts (jika perlu)
    Sila simpan no hubungan dengan orang-orang yang penting dan berkaitan dengan lawatan. Selalunya tuan rumah homestay. Kalau ada.
Ini semua akan ditambah tolak dalam susunan itenari. Macam mana? Next!

kapten Z

0 comments:

Post a Comment