Perlis adalah negeri terkecil dan paling utara di Semenanjung Malaysia. Tarikan utama di sini adalah keadaan Geografi yang istimewa. Terletak di sempadan Malaysia-Thailand, Perlis direntasi Banjaran Nakawan dan dibentangi dengan sawah padi yang meluas.
Beberapa tempat yang popular di Perlis adalah Gua Kelam, Jeti Kuala Perlis, Padang Besar, Wang Kelian, dan Empangan Timah Tasoh.
Perjalanan ke negeri ini mengambil masa lebih kurang 9 jam dari tempat saya (Melaka), lebih kurang 7 jam (510km) dari Kuala Lumpur, dengan mengambil kira waktu berhenti rehat dan makan.
Perlis tidak menyediakan banyak hotel dan rumah homestay, jadi pada sila buat tempahan awal pada waktu puncak. Atau, sewa hotel di Alor Setar, Kedah.
Untuk ke ibu negeri Perlis, Kangar anda boleh gunakan Lebuh raya PLUS dan keluar di Exit Alor Star (S), kemudian gunakan jalan Kangar - Alor Star untuk ke Kangar. Atau terus sahaja menggunakan PLUS dan Lebuh Changloon - Kuala Perlis Exit di Jalan Raja Syed Alwi.
Tiada airport di negeri ini, airport terdekat adalah Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Star atau Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, kemudian ambil teksi ke Jeti, dan ambil feri ke Jeti Kuala Perlis.
Atau, menggunakan keretapi KTMB yang berhenti di stesen Padang Besar, Arau dan Bukit Ketri.
Apa nak buat dekat Perlis?
Ini adalah Itenari cadangan weekend di Perlis, dari Kuala Lumpur.
Pack-up sebelum ke kerja/ kuliah, atau ambil sahaja separuh hari untuk tiba awal di penginapan sama ada di Alor Star atau Kangar. Jika bergerak petang Jumaat selepas waktu pejabat, saya cadangkan sewa hotel di Alor Star, tiba lebih kurang jam 1 atau 2 pagi, bergantung kepada waktu berhenti di RnR.
Get good sleep.
Bergerak pagi Sabtu untuk terus ke Pasar Pagi Wang Kelian. Jalan ke sini sedikit mencabar, berhati-hati. Dekat sini ada gerai jualan sepanjang radius 1km di sempadan Malaysia-Thailand. Anda boleh masuk ke kawasan sekitar pasar ini tanpa dokumen perjalanan.
Selesai, terus turun ke Gua Kelam, Kaki Bukit (satu jalan dengan Wang Kelian ).
: Gua Kelam 1 tengah repair : |
Bayaran sebelum kerosakan ini adalah RM 1 untuk masuk ke Gua Kelam 1.
Tapi jangan risau, anda boleh Caving melalui Gua Kelam 2, masuk dari pejabat Gua Kelam (satu-satunya bangunan besar). Trek melalui laluan keretapi yang rosak (sepatutnya elok), sepanjang 400meter dan 200 meter kawasan perlombongan dalam gua. Sewaktu saya pergi, bayaran RM40 dikenakan untuk grup seramai 10 orang. Tiada sebarang papan atau resit yang membuktikan bayaran itu sah.
Jika keretapi yang membawa ke dalam Gua itu tidak rosak, bayaran yang dikenakan adalah RM 5 untuk dewasa.
Untuk laluan yang lebih mencabar anda boleh melalui trek yang lebih panjang dan melalui sungai dalam gua sebelum tembus ke belah yang lagi satu. Lebih kurang 800meter perjalanan.
Selain dari gua, kawasan ini juga terkenal untuk rekreasi. Terdapat kawasan berkelah di luar kawasan gua. Selain itu, bagi yang mahu mendapatkan pemandangan menarik anda boleh hiking satu trek berdekatan dengan Gua Kelam 1.
Jika anda selesai sebarang aktiviti sebelum 2 petang, anda boleh terus ke Padang Besar, lebih kurang setengah jam dari Gua Kelam.
Satu lagi kawasan membeli belah di sempadan.
Malam, makan di Kuala Perlis.
Nah, dah sehari sabtu. Memang pasti letih, Get a good rest.
Hari ahad, boleh dapatkan sarapan di pasar tani atau pasar pagi yang digelar "NAT". Tanya sahaja sesiapa di perlis untuk tahu kedudukan NAT. Pelbagai jenis makanan dan kuih muih boleh didapati.
Next, pergi ke Taman Ular dan Reptilia. dan makan tengahari di salah satu restoren menarik di Kangar sebelum bertolak balik.
0 comments:
Post a Comment